Tuesday, 3 April 2012

" MAN JADDA WA JADA "

                 " Betapa janji-NYA tidak pernah mungkir.
                        Setiap pengorbanan ada harga di sebaliknya."


    Kata pepatah, nasihat orang tua ada gunanya. Mereka lebih banyak ' makan garam ' berbanding kita. Jangan mudah menolak nasihat itu. Sebaliknya,bagi orang muda mudah benar kita berpaling daripada pesanan golongan yang telah berusia. Akhirnya, menyesal pada kemudian hari..


                 " Sesungguhnya, setiap kesulitan ada kemudahan. ( ditegaskan lagi bahawa ) sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan " - surah al-Insyirah: 5-6


     Tatkala firman ALLAH S.W.T itu dilagukan, bagaikan sesuatu meruntun hati. Betapa janji-NYA tidak pernah mungkir. Setiap pengorbanan ada harga di sebaliknya. Walaupun terdapat kekurangan dan kesusahan dihadapi, percayalah...... pada kemudian hari ALLAH S.W.T telah persiapkan kemanisan ganjarannya. Jua, sebagai janji bahawa DIA tidak pernah menzalimi hamba-NYA..


                 " Sesungguhnya, ALLAH tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah. Jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya ALLAH akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yg besar. " - surah an-Nisaa': 40

No comments:

Post a Comment