"jujur lawannya bohong,
ada yang sanggup menipu
demi mencari keredhaan manusia"
KITA barangkali pernah mendengar ungkapan bahawa kejujuran adalah asas kejayaan,. Bahkan terlalu banyak sebenarnya kata-kata hikmah yang sering dikaitkan dengan kejujuran...
Kejujuran tidak dpt lari daripada sikap membentuk peribadi yang luhur. Namun, ketika kejujuran sering di lontarkan, mungkin masih ramai yang menolaknya. Begitu susah untuk berlaku jujur. Sedangkan, sikap terpuji itu akhirnya membuahkan hikmah besar..
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
"Sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat-NYA. Sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat-NYA."
Begitulah ALLAH Yang Maha Adil sentiasa membalas setiap perbuatan hamba-NYA.. Jujur lawannya bohong. Ada yang sanggup menipu hanya kerana mahu menikmati sesuatu perkara. Menipu demi mencari keredhaan manusia. Sedangkan kejujuran pula adalah salah satu ciri ketakwaan. Firman-NYA yang bermaksud :
" Wahai orang yg beriman, bertakwalah kamu kepada ALLAH dan hendaklah kamu bersama-sama orang yg benar. " surah at-Taubah: 119
Dalil tersebut secara khusus memerintahkan setiap mukmin untuk bersama-sama org yang benar dan jujur, walaupun sikap kejujuran itu termasuk dalam pengertian takwa. Benar. Itulah yg sering diajarkan dlm Islam. Bahkan, Rasulullah s.a.w di dlm sabda baginda pernah mengingatkan bahawa:
" Pertahankan kejujuranmu, meskipun engkau menghadapi celaka kerana pada kejujuran itu hakikat keselamatan. Jauhilah perbuatan dusta, walaupun engkau melihat sebagai keselamatan kerana pada ketidakjujuran itu adanya celaka "
*Ikhlas itu perkara yg dilakukan tanpa mengharapkan sesuatu daripada isi dunia. Tiada ikhlas yg lebih baik berbanding melakukan amalan semata-mata mengharapkan keredhaan daripada-NYA.. :)
No comments:
Post a Comment