" Kita banyak belajar
daripada kesilapan dan waktu sukar
bukannya kemewahan serta kemudahan "
HIDUP ini anugerah ALLAH S.W.T. Kadangkala ia menahan kegembiraan dan kesedihan kita. Bahasanya bisu. Kita tidak dapat melihatnya, apatah lagi menyentuhnya. Namun, kita dapat merasai dan menikmatinya..
HIDUP juga menghulurkan sesuatu kepada kita. Di samping memberikan kesedihan, jua menghadiahkan senyuman. Turut diumpamakan sebagai sungai yang menghilangkan dahaga. Tetapi, ada ketika kita lemas di dalamnya..
HIDUP juga seolah-olah mempunyai penentuan terhadap kita. Ada kalanya ia menetapkan sesuatu menjadi milik kita. Tidak jarang pula menjadikan milik orang lain. Tambahan pula ia memberikan kita harapan yg mendorong untuk membina impian..
Benar. Kita tidak pernah belajar daripada kesenangan. Kita tidak pernah belajar daripada kemewahan dan kemudahan. Kita banyak belajar daripada kesilapan dan waktu sukar. Tidak kurang ketika kita merasai penderitaan. Tiada siapa yg mahu menempuh penderitaan.
Ingatlah, sesungguhnya semua itu adalah silibus kehidupan untuk mengajar kita mengenai kemahiran sepanjang hayat. Ini demi membantu kita melihat liku-liku kehidupan yg memerlukan daya tahan bagi menempuhinya.
Benar. Peperiksaan hanyalah medium sahaja. Di sebaliknya, banyak pengajaran dan hikmah yg kita pelajari. Bagaimana kita berhadapan dan belajar nilai-nilai kemanusiaan unggul. Kejujuran, rajin, bertanggungjawab, bersunggug-sungguh dan pelbagai sifat terpuji akan didapati dalam perjuangan tersebut.
Ada masa kita perlu menikmati saat-saat trjatuh. Merasai kecewa apabila yg dirancang tidak menjadi dan menjiwai kepayahan serta kesukaran sesuatu perkara. Semuanya ada hikmah yg tersembunyi. Antaranya, apabila kita berada dlm proses kebangkitan, kejayaan dan kemenangan yg diperolehi tidak akan membuatkan kita mudah lupa diri. Kita juga akan sentiasa mengingati bahawa ia bukanlah sesuatu yg kekal..
" Hanya mereka yg pernah merasai kegagalan, kepayahan, dan kesukaran dapat menikmati erti kejayaan, kemudahan dan kemenangan kelak. "
ALLAH S.W.T berfirman bermaksud :
" Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan ( yang melalaikan ), perhiasan untuk bermegah-megah di antara kamu ( dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak. Samalah seperti hujan yg ( menumbuhkan tanaman ) menjadikan penanam suka dan tertarik hati akan kesuburan. Kemudian tanaman itu segar sehingga engkau melihatnya kuning. Akhirnya, ia hancur dan ketahuilah bahawa di akhirat ada azab yg berat ( bagi yg mengutamakan kehidupan dunia ). Ada pula keampunan besar dan keredhaan ALLAH ( bagi yg mengutamakan akhirat ). Ingatlah, kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yg terpedaya. " - surah al- Hadid: 20
No comments:
Post a Comment