"insan yang memiliki sifat malu
akan sentiasa istiqamah dalam
melaksanakan perintah agama."
Malu adalah sifat indah yg dianugerahkn ALLAH S.W.T kpd kita.. Lahirnya sifat malu seiring dengan iman dalam diri setiap mukmin.. Ia tidak dapat di pisahkan lagi sehingga ada tokoh ilmuwan Islam menggariskan apabila malu sudah tiada, ia menandakan iman seseorang pun semakin berkurangan..
Abu Hurairah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :
"Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
Sifat malu itu turut digambarkan sebagai pokok kepada akhlak kita. Malu mampu menghalang kita daripada berbuat sesuka hati. Kadangkala malu juga menjadi benteng agar setiap tindakan kita lebih berhati-hati..
Rasulullah s.a.w meletakkan nilai sifat ini sebagai sesuatu yg teragung. Malah, baginda turut mempamerkan contoh akhlak terbaik bagi rujukan umat. Semua karakter baginda sering kali di hiasi dengan sifat malu dan menjadi ikutan para sahabat.. Insan yg memiliki sifat malu sebenarnya akan sentiasa istiqamah mengikut perintah ALLAH S.W.T dan Rasulullah s.a.w. Malah, kerana sifat malu daripada berbuat maksiatlah telah menjadi faktor kedudukan mereka sentiasa dekat dengan rahmat-NYA.
No comments:
Post a Comment